Ketua pasukan skuad badminton negara, Lee Zii Jia, menganggap seteru tradisi, Indonesia, lebih gentar untuk berdepan Malaysia dalam kempen Kumpulan A Piala Thomas 2020.

"Kami pernah melawan mereka dalam Piala Thomas dan Sukan SEA terakhir. Mereka menghantar skuad terbaik dalam kunjungan ke (Sukan SEA) Filipina dan kami kalah dalam ketiga-tiga pertemuan itu.

"Mereka adalah salah sebuah pasukan pilihan. Saya harap kami boleh menempuhi perlawanan tanpa tekanan.

"Ini kelebihan kepada kami kerana lawan begitu berharap untuk muncul juara," katanya ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Zii Jia dijangka kembali berentap dengan taruhan utama juara 13 kali itu, Anthony Ginting, tetapi ia sedikit pun menghadirkan gentar terhadapnya,

"Keputusan pertarungan terakhir kami agak sengit.

"Saya harap dapat balas dendam," katanya lagi.

Malaysia akan turun dengan misi menduduki dua tangga teratas dalam Kumpulan A yang turut dihuni Belanda dan England dengan tiket ke suku akhir hampir pasti menjadi genggaman.

Namun, mereka perlu turun dengan mentaliti untuk menjuarainya.

"Ia satu cabaran buat kami tetapi bukan mustahil.

"Saya mempercaai rakan sepasukan.

"Saya harap kami dapat melalui persiapan dengan baik dan melakar kejutan."