Selepas hampir setahun tidak beraksi, ada kebarangkalian Malaysia mula lupa kepada nama Tan Wee Kiong dan Goh V Shem.

Tetapi bukannya pada 2021 dengan Wee Kiong menegaskan dia bersama V Shem akan cuba melaksanakan satu misi mustahil awal tahun depan.

"Saya berasakan perkara itu akan berlaku tetapi tidak menjadi masalah bagi saya. Kami memiliki keputusan yang tidak konsisten, tetapi kami akan tetap berusaha -- jika keputusan kami lebih baik dan konsisten, mesti orang ramai akan mengingati kami," kata Wee Kiong.

Misi mustahil itu adalah untuk layak ke final Jelajah Dunia BWF 2020 yang hanya menampilkan lapan terbaik dalam kelayakan ke kejohanan tersebut.

Untuk layak, Wee Kiong dan gandingannya, V Shem perlu mencipta keajaiban memenangi dua Terbuka Thailand yang akan berlangsung dari 12 sehingga 24 Januari.

Pada ketika ini, Wee Kiong sedang sibuk dengan kehadiran cahaya mata kedua, di samping V Shem yang meraikan kelahiran anak sulung berada pada kedudukan ke-30 ranking final Jelajah Dunia BWF.

"Memang kedudukan kami agak jauh namun ia tidak menyaksikan kami tidak berpeluang. Kami perlu kekal memberikan tumpuan dan mendapatkan sentuhan dengan kadar segera."