Kejohanan Jemputan BAM: Kecederaan sekat perjalanan Soon Huat-Shevon 

By Shaiful Shamsudin 12 August 2020 102
Kejohanan Jemputan BAM: Kecederaan sekat perjalanan Soon Huat-Shevon 
Malang menimpa beregu campuran, Goh Soon Huat, apabila mengalami kecederaan di belakang dalam set pertama Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). 

Soon Huat terpaksa mendapatkan rawatan awal ketika menentang Hoo Pang Ron-Cheah Yee See dalam kempen Divisyen 1. 

Di atas kertas, dia dan gandingannya, Shevon Lai, merupakan antara pilihan juara selain lebih berpengalaman.

Ia terserlah di atas gelanggang Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini apabila tiada masalah dalam kutipan mata.

Pang Ron-Yee See sukar menghambat beregu di ranking ke-12 dunia itu, jadi tiada kejutan apabila Soon Huat- Shevon memenangi set pertama 21-13.

Semuanya berubah dalam set kedua tetapi bukan disebabkan prestasi aksi mereka merudum, Soon Huat sebaliknya berperang dengan menahan kesakitan pada awal set kedua. 

Soon Huat yang sememangnya menanggung kecederaan belakang akhirnya tidak dapat meneruskan perjuangan dan terpaksa diusung keluar.

Mereka terpaksa menarik diri untuk kemenangan berpihak kepada Pang Ron-Yee See.

BAM dalam satu kenyataan sebentar tadi mengumumkan kempen Soon Huat-Shevon dalam kejohanan ini sampai ke penghujungnya ekoran kecederaan itu. 

 

OFFICIAL: Soon Huat-Shevon Lai withdraw from BAM-VICTOR Invitational Championships

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, August 12, 2020
 

"Sudah tentu Soon Huat berasa kecewa selepas kami gigih melakukan persiapan. 

"Kami perlu berehat dan tidak perlu mengambil risiko," kata Shevon. 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment