Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, berharap Persekutuan Badminton Dunia (BWF) boleh memberi jaminan bahawa prosedur keselamatan bagi penganjuran kejohanan pasca COVID-19 itu adalah di tahap tertinggi.

Berbanding sukan lain, badminton masih belum dapat menganjurkan sebarang kejohanan dengan beberapa saingan utama terpaksa dibatal dan dipinda -- terbaru saingan Piala Thomas/Piala Uber.

Namun, Kejohanan Badminton Terbuka Denmark,13 Oktober depan, bakal menentukan hala tuju pendirian pemain-pemain dunia seandainya BWF mampu menganjurkan saingan itu bebas dari jangkitan pandemik berkenaan ataupun tidak.

"Pemain negara memang tidak sabar untuk beraksi tetapi terlebih dahulu memerlukan jaminan SOP (prosedur operasi standard) yang kami rasakan selamat.

"Kalau kami yakin jadi saya rasa semua pemain akan pergi (sertai kejohanan)," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Enjoy the Fans’ Match of the Week! Thomas Cup 1992 Final ?? Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang ? Rexy Mainaky/Ricky Subagja ?? Watch the live stream Saturday 8pm KL time (GMT+8). #BadmintonIcons #BadmintonAtHome

Posted by BWF — Badminton World Federation on Friday, September 25, 2020