Covid-19: BAM sedia perketat lagi SOP

By Ammar Hakim 13 October 2020 45
Covid-19: BAM sedia perketat lagi SOP
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersedia memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan mereka selaras dengan perkembangan semasa pihak kerajaan.

Sejak 10 Oktober lalu, kem kebangsaan terutamanya pemain melalui tempoh berkurung tersendiri di Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang dijadual berakhir 25 Oktober ini.

BAM menerusi pengarah kejurulatihannya, Wong Choong Hann, mengambil pendekatan tunggu dan lihat jika SOP di ABM perlu diperketatkan.

Di bawah inisiatif badan induk itu, mereka mengenakan larangan untuk pemain keluar masuk daripada kawasan tersebut.

Malah ada sebilangan besar daripada barisan kejurulatihan sahut cabaran mencegah jangkitan Covid-19 dengan  mengambil keputusan untuk tinggal di ABM sehingga 25 Oktober ini.

"Kami masih lagi menunggu keputusan daripada pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan buat masa ini, kami berada dalam keadaan berjaga-jaga. Sebarang keputusan pihak kerajaan akan dipatuhi dan ABM sedia untuk memperketatkan SOP," kata Choong Hann.

About Author

Ammar Hakim

Comment