'Keputusan yang melegakan', itu perkongsian Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, bersama wartawan Haliza Hamzah, ekoran penangguhan saingan Terbuka India disebabkan penularan wabak Covid-19.
Gembira dengan penundaan itu, Choong Hann berasakan perhatian perlu diberi kepada Terbuka Malaysia yang dijadualkan berlangsung 25 hingga 30 Mei depan.
Meskipun keadaan tidak menentu Covid-19 ketika ini melahirkan perasaan tanda tanya mengenai penganjuran dua kejohanan seterusnya, Terbuka Malaysia dan Singapura.
Choong Hann menggesa anak buahnya untuk sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
"Terdapat perkara yang merugikan namun ada juga yang positif bagi kami. Situasi ini sukar untuk tidak diduga jadi kesihatan pemain amat penting bagi membuat persiapan menghadapi Terbuka Malaysia," kata Choong Hann.
Sementara itu, pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia, beranggappan penangguhan Terbuka India yang sepatutnya berlangsung 11 hingga 16 Mei depan sebagai tidak menjejaskan peluang mereka.
Aaron yang ketika ini berada dalam kelompok 10 terbaik dunia mengakui lega dengan penangguhan itu kerana wujud kerisauan kepada peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di New Delhi.
"Berdasarkan kedudukan saya terdapat kelebihan dan kami sudah bersedia untuk beraksi di sana. Namun keadaan Covid-19 yang semakin meningkat agak membimbangkan, jadi kami harus melihat dan menilai perkara yang lebih baik bagi kami," kata Aaron.
Bagi beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin, pula seperti akur perjalanan menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo dilihat semakin samar.
Bagaimanapun, kesihatan menjadi keutamaannya ketika ini.
"Jika tiada Covid-19, kami akan cuba namun dalam keadaan semasa, kami harus membuat perancangan yang lebih baik, keselamatan harus dijadikan sebagai keutamaan," kata Yew Sin.
Ammar Hakim
Tue Apr 20 2021
Unai Emery extends Aston Villa contract
Erik Ten Hag says reaction to Manchester United’s FA Cup win was ’embarrassing’
The club have faced criticism after letting a 3-0 lead slip against second-tier Coventry at Wembley.
PGMOL to allow Nottingham Forest to hear VAR audio of rejected penalty claims
A closer look at the hot streak of world number one Scottie Scheffler
Championship run-in: Where the top four stand in race for automatic promotion
Stuart Attwell named in VAR team for Euro 2024 amid Forest controversy
The news comes two days on from Attwell’s officiating being criticised by Forest after their loss at Everton.
Durham chief insists issues with the ECB are in the past
The county were stripped of Test status and demoted in 2016 following ECB sanctions.
Chong Wei thanks Paris 100 for gathering him, Lin Dan, Peter Gade and Taufik
Lee Chong Wei paid a special tribute to the Paris 100 Exhibition Match organizers for inviting him to a legends’ match-up featuring the sport’s finest shuttlers that included Lin Dan, Taufik Hidayat and Peter-Gade recently.
Barcelona could demand Real Madrid replay if ‘phantom goal’ deemed legal
VAR ruled Lamine Yamal’s shot had not crossed the line during Barca’s 3-2 defeat at the Bernabeu
Football rumours: Five clubs in the race to sign Crystal Palace’s Michael Olise
The 22-year-old has scored seven goals in 14 games for the Eagles this season.