Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, berkata beliau belum bersedia menerima tawaran menjadi jurulatih skuad kebangsaan dalam masa terdekat ini dan ketika ini mahu meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan kerja kebajikan.
“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ada beri tawaran, tetapi buat sementara ini saya mahu menghabiskan masa untuk keluarga.
"Dalam masa setahun ini, saya mahu fokus kepada apa yang saya boleh buat melalui kerja kebajikan serta menjadi chef-de-mission (CDM) negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020," katanya kepada pemberita selepas sesi ‘Temu Mesra bersama Wira Badminton Malaysia’ di Akademi Badminton Datuk Wira Lee Chong Wei, di Ipoh, hari ini.
“Masih banyak yang saya perlu belajar untuk jadi CDM ini.
"Dulu saya atlet, sekarang saya pegawai dan saya perlu melihat atlet-atlet lain selain daripada sukan badminton,” katanya.
Pada 13 Jun lalu, Chong Wei mengumumkan persaraan selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Bekas pemain nombor satu dunia itu mengabdikan 19 tahun hidupnya sebagai pemain badminton profesional dan menempa nama dalam sukan itu sebagai antara jaguh dunia yang disegani.
Antara pencapaiannya adalah memenangi pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali dalam edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.
Kali terakhir Chong Wei merangkul kejuaraan adalah dalam saingan Terbuka Malaysia 2018 yang menjadi gelaran ke-12 dalam kerjayanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019
Premier League relegation battle: Crucial weekend in the scrap for survival
Everton face Nottingham Forest, Luton Town take on Brentford and Burnley go up against Sheffield United in a pivotal weekend.
Jurgen Klopp hopes Liverpool can evoke spirit of Barcelona comeback at Atalanta
The Reds have a 3-0 deficit to overturn from the first leg if they are to make the semi-finals.
Williamson out for Pelicans’ do-or-die play-in tournament game due to hamstring injury
New Orleans’ leading scorer was hurt late in his NBA playoff debut after a dazzling performance.
Scottie Scheffler out to win at Hilton Head after clinching second Masters title
Rafael Leao ready to make his mark as AC Milan look to beat Roma
Leao came in for criticism after last week’s first-leg loss.
Xabi Alonso: Bundesliga celebrations will not affect Leverkusen against West Ham
Stephen Curry included in star-studded USA basketball squad for Paris Olympics
Marcus Trescothick urges more sports stars to speak about mental health struggle
Rafael Nadal’s Barcelona Open hopes ended by Alex de Minaur
The 37-year-old was playing just his second tournament in 15 months.
Jofra Archer: I don’t know if I’ve got another stop-start year in me
The seamer last played competitively 11 months ago.