Kejohanan Badminton Dunia 2021 yang pada awalnya dijadual diadakan pada Ogos 2021 di Huelva, Spain, telah dipinda pada akhir tahun depan.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam kenyataan hari ini berkata Persekutuan Badminton Sepanyol (FESBA) bersetuju menganjurkan kejohanan dwitahunan itu dari 29 Nov hingga 5 Dis di Stadium Carolina Marin, yang dinamakan sempena nama juara dunia tiga kali, di bandar kelahirannya.
Badan pengurus dunia mendedahkan keputusan terbaru itu akan membolehkan lebih banyak kejohanan diadakan tahun depan selepas Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke 2021 ekoran pandemik COVID-19 global.
“BWF dan FESBA telah mengadakan perbincangan terbuka dengan penganjur kejohanan untuk meminda pertandingan itu pada akhir tahun ini bagi memastikan kejayaan acara itu untuk pemain, pengiring dan peminat mereka.
“Jadual baharu itu akan membolehkan pemain memberikan tumpuan yang lebih jelas untuk tahun 2021 yang mereka akan mempunyai dua objektif iaitu Sukan Olimpik dan Kejuaraan Dunia,” menurut BWF.
Sementara itu, Presiden BWF Poul-Erik Hoyer Larsen dalam kenyataan sama berkata keputusan terbaru untuk meminda tarikh Kejohanan Dunia 2021 demi kepentingan terbaik sukan ini.
“BWF dan Persekutuan Badminton Sepanyol yakin penjadualan semula kejohanan itu akan berjaya. Langkah itu membolehkan pertandingan badminton di Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia dijalankan dengan adil untuk semua orang,” menurut legenda badminton Denmark.
Presiden FESBA David Cabello pula menaruh harapan besar Kejohanan Dunia 2021 akan menjadi acara istimewa bagi badminton di Sepanyol dan dunia.
BWF juga berkata bahawa mereka belum menyelesaikan kalendar musim 2021, sambil menambah bahawa pengumuman lanjut akan dibuat mengenai proses kelayakan untuk Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik dan Kejohanan Dunia tahun depan.
Bernama
Fri May 01 2020
Mampukah 'mimpi indah' julang Piala Thomas '92 berulang?
Kemanisan menjulang Piala Thomas 1992 merupakan suatu detik terindah pernah dilakar pemain badminton kebangsaan.
Legenda badminton dunia berkumpul di menara Eiffel
Legenda Badminton negara, Lee Chong Wei, memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda yang menampilkan bekas pemain terbaik dunia dalam sukan itu seperti Lin Dan, Taufik Hidayat dan Peter Gade, baru-baru ini.
BAM pilih berahsia nilai ganjaran juara Piala Thomas
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, memilih untuk berahsia mengenai jumlah sebenar ganjaran yang dijanjikan kepada pemain negara seandainya dapat membawa pulang Piala Thomas ke bumi Malaysia.
Piala Thomas: Kami pikul bersama tanggungjawab besar nama Malaysia ke Chengdu -- Soh Wooi Yik
Kapten skuad badminton Piala Thomas, Soh Wooi Yik selesa andai tanggungjawab memikul tugasan penting di Chengdu digalas bersama dua rakan sepasukan, Aaron Chia dan Lee Zii Jia.
Badminton Masters Malaysia tarik perhatian barisan elit dunia
Kejohanan Badminton Masters Malaysia menggamit pemain utama dunia -- tiga bulan menuju Sukan Olimpik Paris.
Badminton Para Antarabangsa Sepanyol: Cheah Liek Hou cemerlang rangkul emas berganda
Jaguh badminton perseorangan para negara, Cheah Liek Hou, 36, memenangi pingat emas berganda dalam Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, malam tadi.
Info sidang media BAM menjelang Masters Malaysia
Ikuti pengumuman penting Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Menjelang Saingan Masters Malaysia 2024 pada jam 11 pagi ini.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Bekas pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai baru-baru ini.
Piala Thomas: Malaysia turun dengan status 'Underdog'
Kehilangan sosok penting seperti Ng Tze Yong dalam skuad Piala Thomas tidak begitu mengganggu persiapan pasukan negara berdepan misi penting di Chengdu, China yang akan membuka tirainya pada 27 April ini.
Piala Thomas: Tze Yong sah digugurkan
Persoalan mengenai pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, akhirnya terjawab apabila Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mengesahkan bahawa dia telah digugurkan akibat kecederaan yang sedang membelenggu dirinya ketika ini.
Philadelphia Union v Real Salt Lake: Curtin keen to maintain tough reputation
The Philadelphia Union are still unbeaten in MLS this season, but upcoming opponents Real Salt Lake are also in fine form.
New York City v Charlotte FC: Cushing wants more from in-form hosts
New York City v Charlotte preview
FC Cincinnati v Colorado Rapids: Armas wants players to enjoy rise
FC Cincinnati v Colorado preview
Guardiola insists three teams still in title hunt despite Liverpool slip-up
Guardiola: Don't rule Liverpool out
Foden: De Bruyne the best in the Premier League
Foden: KDB best in Premier League
Los Angeles FC v Portland Timbers: Neville relishing swift rematch
Preview: LAFC v Portland Timbers
Brighton 0-4 Manchester City: Foden at the double as champions leapfrog Liverpool
Report: Brighton 0-4 Man City
World number one Swiatek sees off Xiyu in Madrid opener
No worries for Swiatek in Madrid
Foden matches Messi and Haaland feat with 50th league goal under Guardiola
Foden matches Messi, Haaland
Arne Slot wants to join Liverpool, 'confident' agreement will be struck
Arne Slot confirms Liverpool talks