BAM sambut baik cadangan BWF

By Shaiful Shamsudin 1 October 2020 108
 BAM sambut baik cadangan BWF
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann, menyambut baik perancangan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan berbentuk "bubble" sekiranya siri jelajah Asia di Thailand berjalan lancar. 

Jelajah Asia di negara jiran berkenaan bakal membabitkan tiga kejohanan sepanjang Januari depan, sehubungan itu barisan atlet tidak perlu merantau terlalu kerap demi menyertai kejohanan. 
"Ini pendekatan ini paling sesuai di samping negara penganjur. 

"Ia akan pamerkan suasana yang lebih selamat," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, hari ini. 

 

OFFICIAL: The Badminton Association of Malaysia (BAM) is well aware of the announcement made by the Badminton World...

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, September 25, 2020


Malah, Malaysia disifatkan sebagai antara venue yang sesuai untuk menganjurkan kejohanan dengan format seperti itu.

"Kalau langkah ini menjadi hala tuju pada 2021, kami perlu kemungkinan itu. 

"Tetapi Malaysia harus menepati ciri-ciri itu untuk menganjurkan kejohanan seumpamanya. 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment