Pemain muda negara, Leong Jun Hao muncul juara dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia selepas menewaskan peserta China, Bai Yupeng, dalam perlawanan akhir di Jakarta, hari ini.

Pemain berusia 18 tahun itu berhempas-pulas selama 1 jam 14 minit untuk menewaskan Yupeng 21-6, 20-22, 21-17.

"Saya bermain baik hari ini. Saya sudah bersedia untuk bertemunya, jadi saya dapat kemenangan mudah dalam set pertama.

"Dalam set kedua, saya sudah mendahului permainan tetapi saya ada melakukan kesilapan pada penghujungnya. Bagaimanapun, saya lebih berani pada set penentuan," kata Jun Hao.

Kemenangan itu menamatkan penantian selama empat tahun untuk Malaysia merangkul gelaran itu selepas ia dimenangi oleh Soo Teck Zhi pada 2013.

Gambar: Laman Facebook Badminton Asia