Perebutan status beregu lelaki nombor satu negara bakal ditentukan menerusi Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Divisyen Satu yang akan bermula esok.
Biarpun Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak akan berdepan wakil dari kem profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, dalam saingan kumpulan, ia tidak memberi kelegaan buat mereka kerana perlu menghadapi Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terlebih dahulu.
Apa yang menjadi kerisauan adalah jurang perbezaan pengalaman ketara di antara mereka di atas gelanggang.
"Peluang kami adalah 50-50.
"Kami pernah menghadapi mereka dalam Kejohanan Terbuka Malaysia dan bersaing sengit.
"Walaupun mereka lebih senior daripada kami tetapi tahap kami hampir sama," kata Wooi Yik di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
Namun, perkara paling mustahak ialah mencari rentak permainan.
"Di atas kertas, kami kena menang.
"Sudah lama kami tidak menyertai kejohanan jadi kami perlu cuba cari rentak permainan.
"Pengalaman berpihak kepada V Shem-Wee Kiong tetapi tahap fizikal kami lebih tinggi daripada mereka," kata pemain di ranking kesembilan dunia itu.
Dalam masa sama, Aaron berikrar mengukuhkan reputasi sebagai pencabar utama di negara ini.
"Kalau V Shem-Wee Kiong dan Yew Sin-Ee Yi bertukar tempat dengan kami sekalipun, cabaran mereka juga pasti bukan mudah.
"Kami mahu membuktikan bahawa kami adalah nombor satu negara.
"Kami mahu muncul juara tetapi biarlah kami tumpukan satu persatu perlawanan memandangkan sudah lama tidak menyertai kejohanan," katanya.
Shaiful Shamsudin
Tue Aug 11 2020
BAM pilih berahsia nilai ganjaran juara Piala Thomas
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, memilih untuk berahsia mengenai jumlah sebenar ganjaran yang dijanjikan kepada pemain negara seandainya dapat membawa pulang Piala Thomas ke bumi Malaysia.
Piala Thomas: Kami pikul bersama tanggungjawab besar nama Malaysia ke Chengdu -- Soh Wooi Yik
Kapten skuad badminton Piala Thomas, Soh Wooi Yik selesa andai tanggungjawab memikul tugasan penting di Chengdu digalas bersama dua rakan sepasukan, Aaron Chia dan Lee Zii Jia.
Badminton Masters Malaysia tarik perhatian barisan elit dunia
Kejohanan Badminton Masters Malaysia menggamit pemain utama dunia -- tiga bulan menuju Sukan Olimpik Paris.
Badminton Para Antarabangsa Sepanyol: Cheah Liek Hou cemerlang rangkul emas berganda
Jaguh badminton perseorangan para negara, Cheah Liek Hou, 36, memenangi pingat emas berganda dalam Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, malam tadi.
Info sidang media BAM menjelang Masters Malaysia
Ikuti pengumuman penting Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Menjelang Saingan Masters Malaysia 2024 pada jam 11 pagi ini.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Bekas pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai baru-baru ini.
Piala Thomas: Malaysia turun dengan status 'Underdog'
Kehilangan sosok penting seperti Ng Tze Yong dalam skuad Piala Thomas tidak begitu mengganggu persiapan pasukan negara berdepan misi penting di Chengdu, China yang akan membuka tirainya pada 27 April ini.
Piala Thomas: Tze Yong sah digugurkan
Persoalan mengenai pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, akhirnya terjawab apabila Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mengesahkan bahawa dia telah digugurkan akibat kecederaan yang sedang membelenggu dirinya ketika ini.
Piala Thomas/Uber: Filem Best of the Best jadi inspirasi skuad negara
Filem Hollywood, Best of the Best, menjadi inspirasi buat skuad badminton negara menjelang Kejohanan Piala Thomas dan Uber di Chengdu, China bermula hujung bulan ini.
Piala Thomas: Justin Hoh sedia sahut cabaran
Ketika status kecergasan pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, yang masih menjadi tanda tanya, skuad negara diberi sinar baru apabila perseorangan muda negara, Justin Joh, mengesahkan bahawa dirinya kini sudah pulih 100 peratus dari kecederaan sepanjang musim 2023 dan 2024.
Title-chasing PSG ready for tough game at Lorient, says boss Luis Enrique
Luis Enrique eyes Ligue 1 prize
Mikel Arteta salutes ‘unbelievable’ Kai Havertz after another impressive display
Enzo Maresca delighted as ‘fantastic’ Leicester move to brink of promotion
Garry Monk unhappy with penalty decision that cost Cambridge two valuable points
Grant McCann hails ‘outstanding’ response as Doncaster close on play-off spot
Darrell Clarke urges Cheltenham fans to get behind team in bid to stay up
They must win at Stevenage and hope Burton fail to beat Fleetwood and or Cambridge lose to Port Vale.