Lee Zii Jia tidak berselindung dia telah mengecewakan diri sendiri selepas melalui tiga kempen buruk di Thailand.

Viktor Axelsen menyerlah kepincangan perseorangan negara negera itu untuk menutup pintu ke separuh akhir Kejohanan Badminton Akhir Jelajah Dunia buat Zii Jia dengan kemenangan 21-15, 21-4, sebentar tadi.

Setidak-tidaknya pemain kelahiran Kedah itu memberi tentangan sebelum rebah di tangan pemain Taiwan, Chou Tien Chen, dalam aksi Kumpulan A semalam.




"Dalam tiga kejohanan (di Bangkok) ini, saya berikan persembahan yang amat buruk, saya masih mencari permainan terbaik.

"Viktor telah bermain dengan baik dalam ketiga-tiga kejohanan kali ini dan dia masih mengekalkannya.

"Dia tidak boleh dikalahkan buat masa ini.

"Banyak kesilapan dalam serangan daripada saya apatah lagi Axelsen dapat membalasnya jadi ia sangat sukar secara mentalnya.

"Saya hanya boleh katakan bahawa ia persembahan buruk," akuinya sejurus perlawanan di Impact Arena itu.

Selepas mara ke suku akhir Terbuka Thailand yang pertama, Zii Jia terkandas seawal pusingan pertama Terbuka Thailand kedua, minggu lalu.