Sweden mara ke final Sukan Olimpik acara bola sepak wanita buat du kali berturut-turut menewaskan Australia 1-0 menerusi jaringan tunggal Fridolina Rolfo.

Skuad kendalian Peter Gerhardsson, yang mahu memperbaiki pencapaian Rio 2016 apabila tewas kepada Jerman dalam final, bertemu pasukan yang mengatasi Amerika Syarikat, Kanada Jumaat ini bagi penentu pingat emas.

AS, yang memenangi 36 perlawanan berturut-turut kei atas Kanada dikejutkan dengan kekalahan 1-0 semalam, kini mereka akan bertemu Australia bagi perlawanan pingat gangsa.