Bekas pemain nomnor satu dunia, Angelique Kerber, dikejutkan dengan kekalahan 2-6, 3-6 di tangan Jil Teichmenn dalam pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Ostrava awal pagi tadi.

Pemain nombor 42 dunia, Teichmann, hanya memerlukan tempoh sejam untuk memperoleh kemenangan bermakna ke atas juara tiga kali kejohanan grand slam itu untuk pemain kidal berkenaan mengumpulkan enam kemenangan ke atas pemain dalam kelompok 20 terbaik dunia sepanjang musim ini.

Rekod baik pemain Switzerland itu termasuk ketika menewaskan Naomi Osaka, Belinda Bencic dan Karolina Pliskova dalam Terbuka Cincinnati.

Pemain pilihan kelima, Anastasia Pavlyuchenkova, turut mara ke pusingan kedua selepas mengatasi Ana Konjuh 7-6, 6-1 dalam masa sejam setengah.

Wakil Republik Czech, Tereza Martincova, pula menghadapi saingan sengit daripada rakan senegaranya, Katerina Siniakova, dan memerlukan masa lebih tiga jam sebelum menang 5-7, 6-4, 7-6.