'Kami akan gigit cara halus', tegas jurulatih berpengalaman Bomba Fighters, Ahmad Mohd Zin, yang mahukan anak buahnya mempamer konsistensi sepanjang saingan Liga Sepak Takraw 2021/2022.

Meskipun memiliki tempoh persiapan singkat, dia optimis anak buahnya mampu untuk membuktikan sesuatu kepada peminat sukan sepak takraw tempatan.

Bomba Fighters yang dinaikkan pangkat ke saingan Liga Perdana selepas muncul juara divisyen 1 2020, bakal mempertaruhkan beberapa muka baru antaranya perejam, Fadzil Mustafa, bekas feeder Perak Bison, Shohibul Fadillah Abdul Salam serta turut diperkuatkan dengan kehadiran perejam import kelahiran Thailand, Kittithat Phanthumekh.