50 tahun selepas memenangi buat kali pertama dan satu-satunya gelaran NBA, Milwaukee Bucks kini akan kembali bersaing dalam perebutan kejuaraan itu.

Turun tanpa bintang utama, Giannis Antetokounmpo, Bucks memastikan kemenangan 118-107 ke atas Atlanta Hawks untuk memenangi siri Final Persidangan Timur itu 4-2 hari ini.

Bucks kini akan mencongak perhitungan dengan juara Persidangan Barat, Phonix Suns dalam Final NBA.

Selepas hanya berkelebihan empat mata selepas separuh masa, pasukan Milwaukee itu mula mendominasi dalam suku ketiga dengan mengatasi Atlanta 44-29.

Khris Middleton merekodkan 23 mata dalam suku itu selepas hanya menjaringkan lima mata dalam separuh masa pertama. Dia kemudian menamatkan perhitungan itu dengan 32 mata dan tujuh bantuan.

Milwaukee kini akan turun dalam Final NBA pertama mereka sejak 1974 selepas kali terakhir memenangi gelaran itu pada 171.