Set pertama menyaksikan perlawanan yang sengit dipamerkan kedua-dua pasukan, KL yang dibarisi trio berpengalaman, Syahir Rosdi, Hanafiah Dollah, dan Amirul Zazwan Amir kelihatan bergelut mendapatkan sentuhan serta keyakinan dalam perlawanan ini.

Cyborg yang dibarisi Hairee Hadzir, Muslim Mohammad, dan Suhairi Sulaiman, ternyata tidak gentar berdepan lawan yang berstatus juara saingan perdana STL musim, mengutip mata menerusi rejaman Muslim hingga perlawanan terikat 14-14.

Timeout yang diambil KL ternyata terbukti bagi memastikan mereka kembali merencanakan permainan hingga berjaya memastikan kemenangan 21-16 dalam set pertama.

Skrip berbeza dalam set kedua apabila menyaksikan permainan lebih memihak kepada KL hingga jauh meninggalkan Putrajaya -- apa yang menarik dalam set ini apabila Putrajaya memperkenalkan adik kepada Syahir Rosdi, Syahril namun gagal membantu pasukan hingga tewas 21-13.

"Putrajaya telah memberikan saingan sepanjang perlawanan, dalam set pertama, permainan KL masih lagi agak goyah sebelum kami memperbaikinya dalam set kedua namun ia masih lagi bukan permainan terbaik kami," kata Syahir.

"Selepas sudah lama berehat panjang, bagi mendapatkan permainan yang kemas agak sukar, kami akan terus cuba melakukan aksi pemanas badan lebih lama sebelum memulakan permainan."