Pemain kebangsaan, Ameer Nasrum, kecewa selepas mendapat tahu pusingan pertama Kejohanan Ragbi 7s Asia di Korea Selatan pada bulan depan dibatalkan.

Kekangan COVID-19 mendorong beberapa negara tidak dapat mengesahkan penyertaan di Stadium Namdong Asiad itu.

"Walaupun kecewa, kami faham dengan situasi yang melanda sekarang ini.

"Kami tetap teruskan latihan tetapi kami tidak dapat menguji sejauh mana tahap sebenar kerana ketiadaan kejohanan selain tidak dapat mengadakan perlawanan persahabatan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.





Walaupun sudah lama tidak beraksi secara kompetitif, masih ada sasaran yang harus dicapai dalam pusingan kedua dan ketiga di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oktober depan.

"Matlamat kami adalah kekal dalam divisyen satu jadi kami perlu dapatkan kedudukan keenam atau ketujuh dalam kejohanan akan datang di Dubai," katanya lagi.