Chef-de-mission (CDM) negara, Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin, mengingatkan perenang negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, agar kembali kepada asas penyertaannya ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Renangannya dalam 100m kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini, dibatalkan gara-gara kesilapan teknikal.

"Saya terkedu apabila mendengar alasan yang diberikan pengadil itu memandangkan bagi Nur Syaiful ini sudah bertahun ini menjadi rutin harian latihannya, tiada perbezaan di Malaysia cuma ini adalah Sukan Paralimpik Tokyo.

"Selepas ini dia ada satu lagi acara, 50m gaya bebas. Saya harap dia tidak terus buat kesilapan buat ini.




"Bukan hanya kerana layak ke final dia sudah dianggap telah melakukan yang terbaik.

"Dia mesti faham bahawa atlet sentiasa akan melakukan yang terbaik. Tidak mengapa kalau kalah tapi telah bermati-matian, berpatah riuk, beri segalanya" kata CDM itu.

Selepas dibatalkan dalam acara sebelum ini, tindakannya tidak menaikkan kepala ke permukaan air dalam jarak 15m awal sewaktu kuakan mendorong pengadil untuk menjatuhkan hukuman.

Bagaimanapun, dia masih berpeluang untuk bangkit menerusi 50m gaya bebas esok.