The Boston Celtics meraih kemenangan pertama ke atas juara bertahan, Toronto Raptors, dalam pertemuan play-off separuh akhir Kejohanan NBA Persidangan Timur, sebentar tadi.

Boston nyata terlalu ampuh buat Toronto apabila menang 112-94 di Walt Disney World Resort.

Jayson Tatum dan Marcus Smart masing-masing menyumbang 21 mata sementara Kemba Walker menambah 18 mata dan 10 rebound lagi buat Celtics, yang mudah menjinakkan Philadelphia 76ers tetapi gagal mengulangi prestasi sama ketika berdepan Raptors.

Pada hari yang sukar buat mereka itu, Kyle Lowry mengetuai pungutan mata pasukan dengan koleksi 17 mata di Orlando, Florida, manakala pertemuan kedua mereka daripada tujuh perlawanan akan berlangsung esok.



Sementara itu, Los Angeles Clippers menempah tempat ke separuh akhir Persidangan Barat selepas mengungguli Dallas Mavericks 111-97.

33 mata yang disumbangkan Kawhi Leonard selain 14 rebound, tujuh bantuan jaringan dan lima kali mematahkan serangan lawan memastikan kemenangan 4-2 buat Clippers.

Leonard muncul pemain pertama dalam sejarah kelab itu yang merakamkan sekurang-kurangnya 30 mata dan lima rampasan bola dalam sebuah perlawanan di peringkat itu.

Sementara itu, Luka Doncic belum dapat menyelamatkan Mavericks daripada tersingkir biarpun menghadiahkan 38 mata, sembilan rebound dan sembilan bantuan jaringan.

Sehubungan itu, The Clippers akan berhadapan Denver Nuggets atau Utah Jazz dalam penentuan kejuaraan Persidangan Barat.