Charles Leclerc akan rasa gembira buat Sebastian Vettel untuk kekal menjadi rakan sepasukannya dalam kem Ferrari tatkala dia memiliki hubungan baik dengan pelumba Jerman itu.

Vettel memasuki tahun terakhir dalam kontrak dan The Scuderia dikaitkan dengan perpindahan Lewis Hamilton, Daniel Ricciardo, Carlos Sainz dan Fernando Alonso.

Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Vettle, mendedahkan masa depannya akan ditentukan sebelum permulaan musim 2020 terpaksa ditangguhkan ekoran wabak coronavirus.

Terdapat dakwaan bahawa Leclerc dan Vettel bertengkar sebelum mereka berdua menamatkan saingan di Brazil pada tahun lalu tetapi Vettel gembira jika rakan sepasukannya itu kekal.

"Saya sangat gembira bersama Vettel," katanya.

"Hubungan kami sangat baik walaupun berdepan beberapa masalah di atas litar, seperti di Brazil.


"Saya fikir sentiasa bagus untuk memiliki hubungan yang baik walaupun secara kasar ia tidak kelihatan begitu. Namun, kami berdua sentiasa dalam keadaan baik."

"Dia menambah: "Saya menghormati keputusan Ferrari dalam memilih sesiapa sahaja gandingan saya. Tugas utama saya adalah menyesuaikan diri dan anda sentiasa boleh belajar daripada rakan sepasukan.

"Saya menerima sesiapa sahaja tetapi jika Vettel kekal, saya gembira."