Pemandu Red Bull itu bermula di tempat pertama sebelum dinafikan tiga mata maksimum oleh Bottas di sebalik Lewis Hamilton mencipta keputusan terbaik dalam sesi kelayakan semalam, namun diketepikan kerana isu peraturan teknikal DRS.
Pelumba sensasi Belanda itu kini memiliki kelebihan 21 mata berbanding penyandang juara, Hamilton, yang mencatat tempat kelima selepas terpaksa bermula dari belakang grid.
Bagaimanapun, tambahan penalti lima grid lagi memburukkan lagi situasi Hamilton yang menggunakan enjin baharu.
Bottas mendahului perlumbaan sebaik di selekoh pertama selepas Verstappen mengadu mengalami masalah gear dan pendahulu kejuaraan itu makin tercicir ke tempat ketiga berikutan sedikit tersasar di selekoh keempat.
Verstappen merampas semula tempat kedua daripada Carlos Sainz dalam pusingan keempat sebelum mendahului Bottas, namun tayarnya kurang berkesan di penghujung perlumbaan.
POLE FOR VB IN BRAZIL ??????
— Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team (@MercedesAMGF1) November 13, 2021
LEWIS STORMS THROUGH THE FIELD TO TAKE P5 ??? pic.twitter.com/ao5ZqoaKtP
Kesempatan itu disambar Bottas sementara Sainz menafikan Sergio Perez untuk menduduki tempat ketiga.
Prestasi Bottas itu juga memberikan sedikit kelegaan buat Hamilton yang membuktikan bahawa dia masih mampu menjadi faktor penentu untuknya meraih petak kelima ketika menuju baki 24 pusingan selepas bermula di tempat ke-20.