Lewis Hamilton memberi penghormatan kepada penonton Silverstone setelah mengatasi Max Verstappen dalam kelayakan Grand Prix Britain dan mendapat tempat teratas di grid menerusi aksi pecutan semalam.

Ketinggalan kepada Verstappen dengan 32 mata dalam saingan Kejohanan Pemandu, Hamilton meraih momentum di Silverstone selepas mengatasi pelumba kelahiran Belanda itu dalam aksi kelayakan.

Mercedes menangi tujuh daripada lapan peralwanan di litar ini dengan enam daripada terhasil menerusi Hamilton, yang meraih petak pertamanya pada 2007.

Selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat di Austria, juara dunia tujuh kali itu mahu mengelak daripada menamatkan saingan di luar podium buat dua kali berturut-turut sejak 2017.

Dan terinspirasi oleh penonton di litar, dia membuat permulaan yang ideal untuk memastikan dia akan mendahului grid menerusi acara pecutan.



"Ini semuanya hasil usaha penyokong," katanya kepada Sky Sports. "Saya sangat bersyukur melihat semua berada di sini. Kami amat merindui anda semua sejak setahun yang lalu.

"Pusingan pertama sangat baik. Pusingan kedua juga baik tetapi mengalami beberapa kesilapan di selekoh terakhir, jadi saya agak bimbang selepas melepasi garisan.

"Tetapi saya melihat penonton dan ia seperti kali pertama saya meraih petak pertama di sini pada 2007.

"Sekarang, kita mesti melakukan banyak kerja esok. Saya perlu mengeluarkan aksi terbaik dan berlumba dengan cemerlang."