Dua kemenangan daripada dua perlawanan menyaksikan Penang Black Panthers meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL).

Penang Black Panthers dalam misi memburu kemenangan kedua, manakala Melaka Titans tewas pada ATM Guardians dalam aksi Piala Sumbangsih.

Selepas menang mudah dalam set pertama 21-10, Black Panthers meneruskan rentak cemerlang mereka apabila merekodkan kemenangan 21-13.

Dalam aksi melibatkan Johor Tigris dan KPT-Masum Knights, dengan kedua-dua pasukan memburu kemenangan pertama.

Melangkah ke gelanggang dengan penuh debaran, KPT-Masum Knights mendahului Johor Tigris 8-4 sebelum menutup set pertama 21-18.

Namun Johor bangkit untuk mengambil set kedua 21-19 sekaligus memaksa set penentuan, di mana pasukan universiti itu kembali mendominasi sehingga meraih kemenangan pertama musim ini 21-14.