Juara Divisyen Satu Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL), Melaka Titans, melaungkan amaran pertama apabila membenam Penang Black Panthers dalam satu pertarungan sengit Kumpulan B hari ini.

Aksi pembukaan Piala Juara-Juara STL itu petang tadi menyaksikan pertembungan menarik di antara kedua-dua pasukan yang turut saling mempertaruhkan ketajaman tenaga import.

Namun, Melaka memadam kekecewaan set pertama dengan kemenangan 14-21, 21-18-21-16.

Dalam perlawanan sulung Kumpulan A pula, aura penyokong Iskandar Malaysia Studios menenggelamkan semangat Negeri Sembilan Antlers apabila tunduk mudah 13-21, 12-21 kepada Johor Tigris yang semakin ampuh sejak mempertaruhkan kepakaran servis dari Thailand menerusi Siwatbanchan Seekhwa.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan A sebentar tadi, ATM Guardians yang membawa reptuasi sebagai juara perdana mudah menundukkan KPT-MASUM Knights 21-12, 21-16.