KL Thunder berjaya mempertahankan kejuaraan Emas Anuar Piala Juara-Juara STL apabila berjaya mengatasi Johor Tigris 2-0 di Iskandar Malaysia Studios, sebentar tadi.

Johor menampilkan permulaan yang lebih baik apabila deretan mata yang diperoleh membenarkan mereka mendahului sebelum KL memperkemaskan corak permainan mengejar permainan dan memastikan kemenangan set pertama 21-19.

KL meneruskan rentak cemerlang dalam set kedua sementara pengalaman beraksi di pentas antarabangsa terus diguna sebagai kelebihan dalam memastikan kemenangan 21-17 sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Sementara itu, Negeri Sembilan (NS) Antlers menamatkan saingan di tangga ketiga selepas mudah menundukkan Melaka Titans 2-0 21-10, 21-15 dalam aksi terdahulu.