Johor Tigris menampilkan aksi cemerlang dalam memastikan tempat ke final Piala Juara-Juara STL selepas mengatasi Melaka Titans di Iskandar Malaysia Studio, sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri ternyata membuahkan hasil buat Johor, meraih kemenangan set pertama 21-13 sebelum Melaka bangkit di set kedua 21-19.

Pengalaman yang dimiliki Trio Johor menjadi bekalan bagi memastikan mereka ke final apabila menang 21-9 di set penentuan.

Mereka bakal membuat perhitungan dengan KL Thunder yang mengatasi NS Antlers dengan keputusan 2-0.

KL yang menjadikan Syahir Rosdi sebagai tonggak utama merekodkan kemenangan set pertama 21-18 sebelum memastikan tempat ke final dengan kemenangan set kedua 21-14.