Boston Celtics menumpaskan Toronto Raptors dalam perlawanan NBA pagi tadi sementara dua tempat play-off terakhir Persidangan Timur sudah terjamin.

Celtics nyata terlalu handal buat Raptors apabila selesa dengan kemenangan 122-100 selepas menonjolkan persembahan hebat di Walt Disney World Resort.

Jaylen Brown menyumbangkan 20 mata yang menyaksikan tujuh pemain Boston mencatat dua angka.

Jayson Tatum (18 mata) dan Kemba Walker (17) antara bintang ketika Celtics selesa mendahului 46-23.

Toronto terus bergelut dengan kekalahan sambil Fred VanVleet hanya mampu menyempurnakan empat daripada 14 percubaan bagi mengumpul 13 mata.

Brooklyn Nets dan Orlando Magic pula mengesahkan tempat play-off dalam Persidangan Barat.

The Nets terlalu ampuh buat Sacramento Kings 119-106 sementara biarpun Orlando tunduk kepada Philadelphia 76ers, tetapi kekalahan Washington Wizards kepada New Orleans Pelicans membuka jalan untuk mereka mara ke pusingan seterusnya.