Ramai melahirkan kekecewaan apabila pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak lagi mahu memohon slot wildcard dalam kejuaraan MotoGP di Malaysia sejak 2018.
Alasan yang diberikan ialah tiadanya pelumba yang memenuhi keperluan serta tidak mencapai tahap untuk berlumba dalam kejuaraan dunia.
Justeru, SIC turut mengumumkan untuk tidak memohon slot wildcard bagi edisi 2019 yang akan berlangsung pada awal November ini.
Untuk rekod, sebanyak 14 slot wildcard pernah diisi pelumba negara sejak 2009 dengan Zulfahmi Khairuddin dan juga Elly Idzlianizar Ilias menjadi pelumba pertama negara yang beraksi atas tiket itu dalam Grand Prix Sepang.
Daripada jumlah 14 pelumba itu. dua daripada mereka menikmati pengalaman tiga musim beraksi dalam GP Malaysia iaitu Hafizh Syahrin Abdullah dan juga Ramdan Rosli.
Namun, pelumba yang paling awal mendapat kepercayaan untuk berlumba sepenuh musim hasil daripada penampilan atas tiket wildcard ialah Zulfahmi yang mula beraksi hanya setahun selepas itu.
Hafizh Syahrin pula hanya diberi peluang selepas tiga kali beraksi atas tiket wildcard dan juga mencapai keputusan
memberangsangkan dalam perlumbaan CEV di Sepanyol.
Jadi, berapakah nilai yang perlu dibayar SIC untuk mendapatkan tiket wildcard?
Menurut artikel 1.11.5 - 1.11.7 Peraturan FIM World Championship, yuran yang perlu dibayar untuk satu tiket wildcard bagi kategori Moto 2 ialah sebanyak EUR13,000 Euro atau bersamaan RM60,437 manakala bagi kategori Moto 3 pula ialah sebanyak EUR 3,500 Euro atau RM16,271.50.
Ini tidak termasuk kos perlindungan insurans yang tinggi perlu ditanggung SIC dan juga kos pembayaran semula sekiranya berlaku kerosakan enjin yang dipinjamkan jika berlaku kemalangan.
Itu belum lagi kos yang perlu ditanggung untuk membayar krew pasukan dan juga lain-lain kos yang tinggi dengan jumlah keseluruhan boleh mencecah ratusan ribu Ringgit.
Permohonan perlu dibuat 45 hari sebelum perlumbaan manakala pembayaran perlu dilunaskan 28 hari sebelum perlumbaan.
Pelumba juga memerlukan lesen perlumbaan yang diiktiraf Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).
Jadi, mengambil kira semua faktor itu adalah menjadi tanggungjawab pihak SIC untuk memastikan pelumba-pelumba yang mengisi slot wildcard perlu memiliki reputasi bukan calang-calang, bukan sekadar tangkap
muat.
Tidak dinafikan perlumbaan Cub Prix Malaysia berjaya melahirkan ramai pelumba-pelumba berbakat dan berjaya tetapi seharusnya mereka (menerusi pasukan ataupun tajaan) terlebih dahulu mengembara ke serata dunia menimba ilmu dan pengalaman sebelum layak berlumba di GP Malaysia atas tiket wild card.
Jangan nanti kita seronok bersorak tapi duit tergadai!
Oh ya sebelum terlupa, berapakah kos keseluruhan dibayar untuk tiket wildcard sejak 2009? Hampir setengah juta ringgit hanya untuk yuran sahaja.
Jadi, yuran wild card bukan murah.
Akbar Sahari
Wed Oct 30 2019


Naomi Osaka and Emma Raducanu both fall in opening round of the Canadian Open
Coco Gauff looked stylish on the way to her opening win, while Naomi Osaka was forced to retire while down a set due to a back injury.

Boult granted release from New Zealand Cricket contract
At 33 years old, Black Caps quick Trent Boult has decided his days of travelling the world for international cricket are just about over.

Van Bronckhorst ecstatic as Rangers comeback keeps Champions League qualification dream alive
Rangers will meet Ruud van Nistelrooy's PSV in the Champions League qualification play-offs after another memorable game at Ibrox.

Glasner stresses need for 'special' Frankfurt defence against Benzema-inspired Madrid
Eintracht Frankfurt were thrashed 6-1 by Bayern Munich on Saturday, and Oliver Glasner knows that defensive performance cannot be repeated.

Marseille confirm deal 'in principle' to sign Alexis Sanchez
Alexis Sanchez is on his way to Marseille after his Inter contract was terminated on Monday.

Evergreen Modric sees no reason why Qatar World Cup should affect Madrid game time
Luka Modric will turn 37 in September, but Real Madrid's mercurial midfielder is seeing no reason why he should start slowing down.

Ten Hag can succeed at Man Utd but only if afforded time – Litmanen
Jari Litmanen has backed former Ajax coach Erik ten Hag to turn things around at Man Utd, despite a far from ideal start.

England's 'inspirational' win at 'amazing' Women's Euros evidence of development, says Finland great Kalmari
Laura Kalmari believes England's successful European Championship represented a significant development for the women's game.

'Ronaldo to Atletico, why not?' – Guti believes Real Madrid legend could make controversial LaLiga return
Reports linking Cristiano Ronaldo with Atletico Madrid were not well received, but former Real Madrid man Guti says it makes sense.

Ancelotti hails career-best season, will start Champions League final line-up in Super Cup
Carlo Ancelotti did not expect to get a second chance with Real Madrid, but made the most of that opportunity last season.