Pengendali Arsenal dan Tottenham Hotspurs ,Arsene Wenger dan Mauricio Pochettino menerima dengan terbuka akan perkhabaran nama mereka dikaitkan dengan pengisian kekosongan jurulatih England.

Wenger mengatakan "Satu hari jika saya berkelapangan, 'why not' ?"

Sementara Pochettino pula berkata, " 'Yes why not' untuk masa akan datang nanti"
Namun kedua-dua mereka sedang memberi komitmen yang tinggi kepada pasukan kelab masing-masing ketika ini.


Sam Allardyce menggantikan Roy Hodgson yang meninggalkan England selepas prestasi hambar di saingan Euro 2016, turut mengambil langkah angkat kaki setelah satu-satunya rekod kemenangan di bawah kendaliannya adalah ketika menentang Slovakia dengan kemenangan 1-0.

Buat sementara waktu,pengurus England bawah 21,Gareth Southgate mengambil alih tugas mengemudi pasukan termasuk tiga perlawanan kempen kelayakan Piala Dunia.

Antara nama-nama lain yang dikaitkan untuk mengisi kekosongan ini ialah pengurus Bournemouth Eddie Howe,pengurus Crystal Palace,Alan Pardew dan bekas pengurus Hull City, Steve Bruce.

Namun jika diperhatikan, Wenger adalah yang paling berpengalaman dan paling berjaya dengan memenangi 15 trofi sepanjang 20 tahun perkhidmatan bersama Arsenal termasuk 3 gelaran Liga Perdana Inggeris dan 6 Piala Fa Inggeris.