Walaupun Patrick Vieira menunjukkan rasa tidak senang dengan jaringan penyamaan Arsenal oleh Alexander Lacazette pada minit-minit akhir namun itu adalah merupakan keputusan yang adil untuk pengendali Crystale Palace itu.

Ia merupakan kejayaan yang manis untuk Vieira apabila berjaya memaksa bekas pasukan yang pernah diwakilinya itu berhempas pulas untuk menyamakan kedudukkan kerana ini merupakan kali pertama Vieira berhadapan dengan kelab yang pernah menjulang namanya sebagai pemain itu setelah mengurus Crystal Palace pada Julai lalu.

Dengan mempertaruhkan formasi 4-2-3-1 itu telah menunjukkan bahawa Vieira mempunyai cara tersendiri untuk mastikan pasukannya mampu mengimbangi kemampuan dan kekuatan pemain-pemain Arsenal. Walaupun anak didik Mikel Arteta mempunyai kekuatan tersendiri dari segi keupayaan tenikal serta nama-nama yang lebih hebat dari pemain-pemain Palace namun mereka agak sukar untuk mendominasi permainan dan seterusnya mencipta kemenangan di laman sendiri. Menggunakan formasi yang sama 4-2-3-1 dengan Palace itu ia sebenarnya tidak memberi kelebihan langsung pada Arsenal sebaliknya ia memberi tekanan kepada anak didik Arteta.

Walaupun berjaya mendahului Palace pada minit ke 8 melalui jaringan penyerang utama Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang namun ia tidak melemahkan semangat anak didik Vieira sebaliknya mereka bangkit pada babak kedua. Dengan strategi memberi tekanan awal bermula dari bahagian serangan setiap kali pemain Arsenal memiliki bola ia telah memberikan hasil yang baik pada Palace di mana The Eagles telah berjaya mengambil kesempatan di atas kealpaan dan kesilapan pemain The Gunners itu sehingga berjaya meyamakan kedudukan dan mendahului pula Arsenal.

Itulah semangat juang yang begitu tinggi dipamirkan pemain-pemain The Eagles sehingga mereka tidak memperdulikan bahawa mereka bermain di tempat lawan. Sudah tentu dengan prestasi yang begitu luar biasa anak didik Vieira itu akan mengecewakan Arteta kerana anak didiknya tidak mampu mengambil kesempatan untuk mencipta kemenangan di laman sendiri atas kesilapan mereka sendiri. Tetapi ia masih lagi ada ruang untuk Arteta dan anak didiknya memperbaiki kelemahan diri agar tidak meletakkan The Gunners di bawah tekanan supaya berada jauh dari zon penyingkiran.