Ketika menang tipis ke atas Aston Villa pada saingan Piala Liga Inggeris (EFL) ramai peminat-peminat Chelsea sudah menjangkakannya kerana Thomas Tuchel telah merubah strateginya dan formasi serta mengubah keseluruhan kesebelasan utamanya.

Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada pemain utamanya untuk memberikan tumpuan dan tenaga yang segar apabila berhadapan dengan Manchester City esok. Memandangkan Man City juga merupakan pencabar utama Chelsea untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Berdasarkan statistik rekod 3 pertemuan terakhir di antara Chelsea dan Man City ia memang berpihak pada Chelsea namun itu bukan kayu pengukurnya kerana Pep Guardioala juga sudah pasti akan menyediakan ramuan terbaik untuk anak didiknya supaya dapat memberi saingan pada Chelsea yang berada pada tahap terbaik mereka ketika ini selepas di bimbing Tuchel. Sudah tentu Pep akan menggunakan kemahirannya untuk memastikan strategi dan formasinya menjadi selain memastikan pemain-pemainnya mengekalkan disiplin yang tinggi baik ketika bertahan atau menyerang.

Dengan falsafah dan DNA bola sepak yang sama diterapkan oleh kedua-dua pengedali itu sudah tentu ia amat menarik untuk disaksikan kerana kekuatan pertahanan akan dipertaruhkan selain kreativiti dan sentuhan penyudah pemain-pemain midfield dan penyerang. Ini kerana setakat ini kedua-dua pasukan ini hanya dibolosi dengan 1 jaringan sahaja. Tetapi bagi penulis kali ini tumpuan akan diberikan kepada penyerang utama Chelsea iaitu Rumelu Lukaku dimana ini adalah ujian sebenar Lukaku untuk menguji sejauh mana kemampuannya menembusi pemain pertahanan Man City yang boleh dianggapkan kuat setakat ini.

Apakah Lukaku berjaya melakukan jaringan dalam perlawanan penting ini? Itulah persolan yang bermain di fikiran penulis kerana sudah beberapa perlawanan Lukaku tidak berjaya melakukan jaringan walaupun dia mampu memberi kerjasama berpasukan yang baik. sekiranya Lukaku gagal melakukan jaringan sudah tentu akan memberi tekanan kepada beliau untuk menghadapi perlawnaan seterusnya dan ini akan membebankan rakan sepasukannya. Walaupun semua tahu Chelsea mempunyai ramai pemain yang boleh melakukan jaringan tetapi sebagai penyerang utama Chelsea, Lukaku perlu memainkan peranannya. Inilah ujian sebenar menanti Lukaku dan Chelsea sekiranya ingin terus berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).