Setelah hampir sebulan Liga Malaysia dihentikan akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Lembah Klang disebabkan penularan virus COVID-19, kini pencinta-pencinta bola sepak negara kembali menarik nafas lega apabila saingan Piala Malaysia akan bermula pada malam ini.

Sudah tentulah beberapa perlawanan yang akan memjadi tumpuan dikalangan pencinta-pencinta bola sepak negara, apatah lagi dengan format pertandingan yang berbeza kali ini iaitu dengan format kalah mati akan membuatkan saingan perebutan ke peringkat seterusnya lebih terbuka.

Dengan format baru itu sebenarnya membuatkan penulis lebih tertarik untuk melihat pertemuan di antara gergasi pantai timur ketika ini iaitu Terengganu FC dan Peraling Jaya City FC. Mengikut rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini memanglah memihak pada pasukan Terengganu namum PJ City merupakan sebuah pasukan yang mempunyai sifat tidak mahu mengaku kalah. Ini telah dibuktikan oleh anak-anak buak K. Devan pada musim lalu apabila berjaya menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim di Stadium Larkin pada musim lalu. Itu telah membuktikan bahawa Petaling Jaya City mampu memberi saingan pada semua pasukan gergasi.

Pertemuan itu juga akan melihat sejauh mana keberkesanan strategi dan taktikal kedua-dua jurulatih mengunakan kemampuan dan kelebihan pemain masing-masing. Sebagaimana yang semua tahu kekuatan yang ada pada pasukan Terengganu di bahagian midfield dan serangan. Dimana Terengganu akan menggunakan kelincahan Faris Ramli untuk melakukan larian-larian pantas untuk menarik pemain pertahanan lawan sementara Lee Tuck dan Sanjav Shaakmedov akan memainkan peranan di bahagian midfield untuk mengawal tempo permainan dan melakukan hataran-hataran lolos dengan sesekali melakukan elimen-elimen kejutan semasa menyerang. Dengan kekuatan yang ada pada Terengganu itu sudah semestinya akan memberi sedikit tekanan kepada anak-anak buah K. Devan.

Namun itu tidak menjadi penghalang sebenarnya kepada anak-anak buah K. Devan sekiranya mereka mengetahui apa kelebihan yang ada pada pasukan mereka. Sekiranya dilihat daripada karektor pemain-pemain Pj City itu mereka sebenarnya mempunyai kekuatan ketahanan fizikal dan kepantasan namun mereka perlu bijak dalam mengunakan kelebihan yang ada itu untuk memerangkap lawan. Sebaliknya mereka tidak perlu gopoh dalam mencari gol untuk menggelakkan dari melakukan kesilapqn individu dan perlu memperkemaskan taktikal disiplin mereka serta perlu bersabar dalam membuat serangan kerana dalam setuasi format kalah mati ini sebenarnya memberi tekanan kepada anak-anak buah Nafuzi Zain apabila bermain dilaman sendiri dan ia menjadi tugas sukar kepada pemain-pemain Terengganu.