Desas desus yang mengatakan Datuk Ong Kim Swee yang akan memgambil alih peranan Peter De Roo sebagai Pengarah Teknikal, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini akhirnya terjawab apabila FAM telah menggesahkan jawatan itu dimiliki Kim Swee.

Ini merupakan satu tanggugjawab yang besar Kim Swee untuk memastikan bola sepak Malaysia terus maju kehadapan dan meneruskan kesinambungan Peta Hala Tuju FAM (F:30) yang telah dilancarkan pada 31 Oktober 2018. Kim Swee juga merupakan anak tempatan yang ke 3 di lantik sebagai Pengarah Teknikal FAM untuk mengalas tugas yang mencabar ini selepas N Raju dan Lim Kim Chon.

Walaupun Kim Swee mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kejurulatihan namun tugasan yang diamanahkan itu bukan satu tugas yang mudah kerana ia satu tugas yang berbeza dari apa yang pernah dilaluinya.

Tugasan terbarunya itu lebih kepada merancang dan melaksanakan program-program yang telah di atur olehnya dan perlu memastikan setiap ahli-ahli gabungan FAM dan kelab-kelab di Malaysia mengikut falsafah dan DNA bola sepak Malaysia yang diwujudkan FAM tercapai demi kemajuan bola sepak Malaysia.

Datuk Ong Kim Swee Diumum Pengarah Teknikal FAM Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan secara rasmi...

Posted by Football Association of Malaysia on Monday, January 4, 2021


Dalam situasi inilah Kim Swee perlu bijak dalam menjaga hubungan yang rapat dengan Pengarah Teknikal dan Pengurusan setiap ahli gabungan FAM supaya program-program yang dirancangnya dapat diikuti dan dilaksanakan di peringat persatuan dan kelab terutama program-program akar umbi seperti pembangunan akar umbi, pembangunan pendidikan jurulatih dan pertandingan liga tempatan di peringkat negeri. Sekiranya hubungan komunikasi dan persefahaman ini tidak dapat diwujudkan sudah pasti akan menyukarkan perjalanan perancangan yang telah atur oleh FAM untuk dilaksanakan.

Selain itu, Kim Swee perlu memastikan hubungan dua hala di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terus dieratkan supaya setiap program-program pembangunan untuk memperkasakan jurulatih-jurulatih di peringkat sekolah dan universiti dapat dilaksanakan.

Sekirannya hubungan-hubungan dua hala itu dapat disepadukan sudah pasti matlamat FAM untuk melihat kemajuan bola sepak negara pada masa hadapan akan tercapai selain adanya Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).