Peminat hoki kecewa apabila final Trofi Vivian May Soars terpaksa dibatalkan ekoran hujan lebat dan kebimbangan kilat.

Pengarah Kejohanan ambil keputusan mengisytiharkan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) dan Liaoning Infinite Space HC (LISHC) sebagai juara bersama, keputusan unik piala itu diperkenalkan pada 2016.

Mengikut peraturan LHM (Perkara 16.4.1) Pengarah Kejohanan berhak menentukan memutuskan pemenang jika perlawanan ditunda lebih 45 minit ekoran masalah cuaca.

Situasi ini juga pernah berlaku di pentas antarabangsa.

Final Piala Sultan Azlan Shah 2010, Ipoh, Perak juga terpaksa dibatalkan ekoran hujan lebat dan kebimbangan kilat.

India dan Korea Selatan akhirnya diumumkan pemenang bersama sekaligus mencatat sejarah sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1983.

Tamat saingan liga hoki wanita dan tumpuan selepas ini terarah kepada LHM membabitkan perebutan kejuaraan liga antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Situasi menarik kerana UniKL makin hampir menjulang trofi liga buat kali pertama apabila miliki
kelebihan empat mata berbaki tiga perlawanan.

UniKL, TNB, Terengganu Hockey Team dan Maybank sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala TNB dengan final 2 Mac depan.

Moga segalanya berjalan lancar kerana selepas ini, tumpuan akan terarah untuk skuad kebangsaan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, bermula April depan.