Malaysia. Apatah lagi dengan kejayaan ini juga dapat membantu meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia serta pengitirafan dari negara-negara serantau di atas kejayaan yang dicipta JDT.

Apa yang boleh dipelajari dari kejayaan ini bagaimana kerjasama berpasukan yang ditonjolkan oleh semua pihak bermula dari pengurusan,pemain,peminat dan kerajaan negeri. Ini menunjukkan dengan semangat berpasukan dan kerjasama yang erat dalam merelisasikan impian serta perancangan yang diatur akan membuahkan hasil.

Keberanian dalam merubah persepsi yang lebih positif itu membuat ramai peminat merasa cemburu dengan perubahan yang dibawa. Sebagai peminat kita perlu memberi kerjasama dan menyokong apa yang dilakukan PBNJ untuk menjadi contoh kepada persatuan negeri atau pun kelab lain.

Kekuatan dalam kejayaan ini sudah pasti bagaimana peminat itu berdiri teguh dibelakang persatuan untuk memberi pandangan serta idea yang bernas dalam memajukan bola sepak itu sendiri. Ini telah dibuktikan oleh peminat-pemiant Johor terutama BOS, apabila mereka dengan lantang bersuara memohon kepada Tunku Mahkota Johor untuk menyelamatkan bola sepak Johor dari tengelam beberapa tahun dahulu.

Sudah tiba masanya setiap persatuan negeri perlu bijak memberi ruang kepada peminat ini untuk menyalurkan pendapat dan pandangan mereka. Tidak perlu ada tembok penghalang kepada mereka untuk menyalurkan maklumat. Gunakanlah ruang berbicara sebaik mungkin bekerjasama dalam memajukan bola sepak.Tolaklah budaya “ego dan engkau siapa” dalam kita untuk memajukan bola sepak negara.

Kepada peminat juga perlulah bijak dalam megunakan kebijaksanaan masing-masing dalam menagani masalah ini kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain dalam menuju kejayaan.