Kevin Durant mengakui Amerika Syarikat diberi tamparan hebat oleh Australia sebelum bangkit memastikan tempat ke final Sukan Olimpik Tokyo 2020.

AS melakar kemenangan 97-78 di Saitama Super Arena, menjadikan pingat emas keempat berturut-turut dalam temasya itu mampu digapai.

Tetapi dalam satu peringkat suku akhir, Durant dan rakan sepasukan ketinggalan 41-26, Australian melancarkan serangan pantas dan cemerlang sejak permulaan permainan namun gagal mengekalkan rentak.

Mengguna 'timeout' selepas ketinggalan 15 mata, AS kembali segar dan menemui perancangan yang terbaik untuk kembali mendominasi perlawanan, Durant memimpin pasukan dengan 23 mata serta sembilan rebound.

"Kami ketinggalan 15 mata sebelum ini dan berjaya bangkit," kata Durant. "Tidak mengira di peringkat mana sekalipun, ramai pernah mengalaminya sebelum ini. Kami mengetahui bagaimana untuk menangani diri kami sendiri.

"Kami kekal tenang dan mengetahui mampu mengejar permainan. Kami mahu memberikan pujian kepada Australia kerana mereka telah hadir berusaha untuk menjatuhkan kami, tetapi kami bangkit dan kembali mendahului sebelum menang."



AS bertemu Perancis dalam aksi final esok pada jam 10.30 pagi.