Gimnas kelahiran Britain-Jamaica, Danusia Francis, percaya setiap atlet seharusnya boleh membuat pilihan apabila mengenai seragam yang mahu mereka pakai.

Francis, yang mewakili Jamaica dalam Sukan Olimpk Tokyo 2020, mendapat inspirasi daripada pasukan wanita Jerman, yang memperagakan seragam penuh dalam pusingan kelayakan acara berpasukan wanita.

Bercakap kepada BBC, dia berkata, "Sama ada atas alasan budaya, sama ada untuk jangka waktu, apa pun keadaannya, wanita harus dapat memilihnya."


Ia telah disifatkan oleh Persekutuan Gimnastik Jerman (DTB) April lalu sebagai langkah 'menentang subjek seksual dalam gimnastik'.

DTB berkata seragam itu 'untuk mempersembahan segi estetik -- tanpa rasa tidak selesa', dan telah menerima sambutan positif dalam Kejuaraan Eropah di Basle, seragam versi Sukan Olimpik telah dilancarkan bagi pasukan Jerman.