Eliud Kipchoge mempertahankan pingat emasnya dalam acara maraton Sukan Olimpik dengan penuh bergaya sebelum mahukan suluruh yang menyaksikannya untuk "mengambil ispirasi" sambil meluahkan keperacaannya bahawa Tokyo 2020 telah membuktikan masih ada "harapan" untuk kembali hidup secara normal.

Legenda Kenya itu menjadi atlet ketiga mempertahankan pingat emas dalam Sukan Olimpik dan atlet pertama melakukannya sejak 1980.

Catatan 2 jam 8 minit dan 38 saat yang direkodkan Kipchoge itu seminit 20 saat lebih pantas daripada Abdi Nageyee dan merupakan catatan yang luar biasa dengan mengambil kira cuaca panas di Sapporo. Ia juga merupakan jurang masa yang paling besar sejak kemenangan Frank Shorter pada 1972.

Selepas itu, Kipchoge -- yang telah mengumpulkan empat pingat Sukan Olimpik -- menggunakan platformnya untuk menyampaikan mesej penuh inspirasi betapa temasya itu telah memberi gambaran untuk hidup yang normal biarpun di sebalik pandemik koronavirus.

Dia berkata kepada BBC Sport: "Yang pertama, saya mahu berterima kasih kepada semua orang kerana menyokong saya dan kepada mereka yang menjayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 .

"Saya amat germbira untuk mempertahankan gelaran saya dan menunjukkan kepada generasi akan datang, jika anda menghormati sukan dan berdisiplin, anda boleh berjaya dalam tugasan anda.

"Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi sesuatu yang amat sukar buat semua orang jika anda mengambil kira faktor cuaca. Saya gembira dapat melepasi garisan penamat selaku peserta terpantas.

"Tokyo 2020 dapat dijalankan, ia memberikan banyak makna. Ia bermakna masih ada harapan. Ia bermakna kita di landasan tepat untuk kembali hidup secara normal, yang menjadi makna buat Sukan Olimpik.

"Terima kasih kepada semua peminat, kepada semua yang menyaksikan saya di serata dunia, ambillah inspirasinya," katanya.