Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas

Ammar Hakim
Ogos 8, 2021 03:17 MYT
Quan Hongchan, penerjun remaja dari China, menjadikan ibunya sebagai inspirasi ketika bertanding dalam acara 10m platfom wanita individu Sukan Olimpik Tokyo.
Khamis lalu, Hongchan yang berusia 14 tahun, melakukan dua terjunan sempurna ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
Ketujuh-tujuh hakim memberikan 10 mata ketika terjunan kedua dan keempat dalam saingan lima terjunan di Pusat Akuatik Tokyo itu.

quan hong chan score a perfect 10 for 3 out of 5 dives!!! she’s only 14 and this is her first ever international event!!! im so proud of her ?? pic.twitter.com/fs4sn9ap9b

— ?⚡️ (@ggomujuldarigi) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bercakap selepas meraih kemenangan, Hongchan menerusi jurubahasa, mendedikasikan kemenangan untuk ibunya yang sedang sakit.
"Saya ingin menjana wang yang cukup untuk menyara ibu saya yang sedang sakit," katanya menerusi Associated Press. "Saya mendengar setiap kata-kata jurulatih dan mengikuti arahannya dengan sangat teliti."
Semasa pertandingan, Hongchan memenangi pingat emas dengan mengatasi rekod Olimpik sebelumnya 447.70, dengan mata keseluruhan 466.20.
Dalam pertandingan itu, Chen Yuxi dari China membawa pulang pingat perak, sementara Melissa Wu dari Australia memenangi gangsa.
Dia juga menjadi penerjun China termuda kedua yang memenangi pingat emas, menurut Persekutuan Renang Antarabangsa.
Sebelum ini, Fu Mingxia membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik Barcelona 1992 ketika dia setahun lebih muda daripada Hongchan.
#China #Sukan Olimpik Tokyo #Quan Hongchan