Caeleb Dressel memenangi pingat emas keempat Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi, menamatkan saingan di tempat pertama dalam acara 50 meter gaya bebas dengan rekod Olimpik 21.07 saat.

Florent Manaudou dari Perancis emraih perak dan Bruno Fratus dari Brazil memperoleh gangsa.



Dressel menyertai Michael Phelps dan Mark Spitz sebagai perenang lelaki untuk memenangi tiga pingat emas untuk acara individu dalam satu edisi Sukan Olimpik.

Dressel memenangi tiga emas dalam 100m gaya bebas, 4x100m gaya bebas dan 100m kuak kupu-kupu, melakar rekod dunia dalam acara tersebut semalam. Atlet berusia 24 tahun itu telah memenangi enam pingat emas dalam dua Sukan Olimpik.

Dressel melengkapkan penampilan Olimpik kali ini dengan keseluruhan lima pingat emas 4x100 rampaian dengan catatan rekod dunia 26.78s.

Perenang Australia, Emma McKeon, kini adalah ratu kolam renang Tokyo 2020 dan perenang terbaik Australia selepas meraih tiga pingat empat pingat emas hari ini apabila memenangi acara 50m gaya bebas dan 4x100 rampaian.