Kebangkitan Malaysia menyamakan kedudukan (1-1) melalui sepakan penalti Guilherme De Paula masih lagi tidak mampu untuk memadam rekod kekalahan kepada Vietnam, dimana Malaysia sekali lagi tewas kepada gergasi bola sepak Asia Tenggara itu (2-1) melalui sepakan penalti yang menjadi perdebatan dikalangan peminat-peminat bola sepak Malaysia.

Namun segala keputusan yang di buat oleh pengadil adalah muktamad dan ia merupakan satu pengajaran yang bermakna untuk semua pemain dan peminat bola sepak Malaysia.

Apa yang boleh dijadikan iktibar atas kejadian yang berlaku itu kita dapat melihat bagaimana peminat-peminat bola sepak Malaysia bersatu mempertahankan tindakan atau kesilapan yang dilakukan Barendan Gan. Inilah sebenarnya yang diinginkan oleh semua pemain-pemain bola sepak di Malaysia dimana mereka memerlukan sokongan moral daripada semua peminat untuk bersama-sama mereka baik ketika menang atau pun kalah termasuklah skuad negara kita ketika ini. Walaupun mereka tewas dua perlawanan berturut-turut namun dari segi prestasi permainan sudah menunjukkan peningkatan.

Apa yang diinginkan peminat untuk melihat anak-anak buah Tan Cheng Hoe bermain dengan semangat juang yang tinggi serta keinginan yang tinggi untuk mencipta kemenangan mula berhasil setelah mereka berjaya memberi tekanan pada Vietnam. Walaupun tewas namun dari segi prestasi setiap individu perlu di ambil kira terutama pemain-pemain tempatan seperti Syafiq Ahmad, Arif Aiman, Loqman Hakim, Nazmi Faiz dan Akhyar Rasid. Mereka-mereka ini berjaya membawa satu perubahan dari corak permainan yang lebih kreatif dan berani mengambil risiko terutama ketika menyerang.

Selain berjaya mengekalkan corak permainan mengikut DNA dan Falsafah bola sepak Malaysia mereka juga merupakan pemain-pemain tempatan yang memerlukan sokongan moral daripada semua peminat-peminat Malaysia kerana mereka juga merupakan “roll model” kepada pemain-pemain pelapis di masa hadapan terutama Arif Aiman dan Loqman Hakim. Sokongan daripada peminat-peminat bola sepak Malaysia amat penting kerana kita masih lagi dalam perubahan sistem untuk memajukan bola sepak Malaysia terutama dari segi perubahan berfikir selain teknikal pemain. Dengan hanya bersatu kita boleh memajukan bola sepak Malaysia dan membangunkan modal insan yang lebih prefessional dan berintegriti.