Otai masih berbisa. Itulah antara ungkapan yang boleh dibayangkan buat tonggak penyerang Manchester United(Man Utd), Zlatan Ibrahimovic. Bakal menginjak usia 36 tahun pada Oktober ini, beliau adalah pemain paling berusia dalam skuad kendalian Jose Morinho bersama seorang lagi pemain iaitu Michael Carrick.

Pada awal penyertaannya bersama United, ramai pengkritik menyatakan sukar untuk beliau bersaing dengan pemain-pemain muda dalam skuad tersebut. Namun ternyata tanggapan negatif yang dilemparkan jauh meleset apabila beliau adalah di antara tonggak utama yang perlu ada di dalam setiap perlawanan. Malah beliau dengan yakin mengatakan mampu untuk terus bermain sehingga menginjak 50-an!

Dia menambah, walaupun kini berusia 35 tahun, mindanya masih 20 tahun.

“Semakin berusia umur saya, semakin berbisa permainan saya,” katanya.

Kenyataan yang dibuatnya berasas apabila berjaya meledak 15 gol daripada 24 penampilan bersama Manchester United,termasuklah 2 gol yang dihasilkam dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris apabila Unitd mencatat kemenangan 3-2 ke atas Southampton.

Dalam perlawanan tersebut Manchester United dinobatkan sebagai juara dengan Zlatan diangkat sebagai wira apabila menghasilkan gol kemenangan dim init akhir perlawanan apabila kedua-dua pasukan terikat jaringan dua sama.

Ternyata kemunculan Zlatan di Man Utd memberikan keuntungan berbaloi-baloi buat pasukan lebih lagi tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Walaupun kontrak sebenar hampir tamat penghujung Jun 2017, ura-ura yang mengatakan beliau akan terus berada di Old Trafford hampir pasti apabila beliau menyatakan rasa gembira dan ingin terus kekal.

Mourinho sebelum ini menghabiskan satu musim bekerja sama dengan Ibrahimovic di Inter Milan , di mana mereka bergandingan menjulang gelaran Serie A pada 2008/2009 turut merasakan adalah satu tindakan yang tidak masuk akal untuk melepaskan seseorang yang berharga seperti beliau.