Terbuka AS: Raducanu, Fernandez cipta sejarah final pemain remaja

Muzaffar Musa
September 11, 2021 02:49 MYT
Leylah Fernandez dan Emma Raducanu mencetus badai di New York apabila melengkapkan final Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang tiada siapa pernah bayangkan sebelum ini.
Dua pemain remaja itu, masing-masing dari Montreal dan London, berada di ranking ke-73 dan 150 Persatuan Tenis Wanita (WTA) tetapi telah menyingkirkan nama-nama besar di Flushing Meadows dalam laluan mereka ke final edisi kali ini.
Dengan ketiadaan Serena Williams, dua pemain remaja itu telah menjadikan kejohanan grand slam berkenaan seperti milik mereka dengan aksi yang cukup menghiburkan penonton.
Raducanu sememangnya bakat yang sedang menyinar di British tetapi dia sebelum ini lebih mengutamakan pelajarannya berbanding tenis dan kali layak ke pusingan utama dalam Kejohanan Wimbledon tahun ini sebelum menamatkannya dalam pusingan keempat.
Bagaimanapun, pemain berusia 18 tahun itu kini menjadi pemain Britain kedua layak ke final dalam era terbuka di New York sejak Virginia Wade bergelar juara edisi 1968.

From qualifying to the final, it's been a blur for @EmmaRaducanu pic.twitter.com/XUkk8ciRZs

— US Open Tennis (@usopen) September 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika Raducanu menjadikan Belinda Bencic sebagai mangsanya dalam laluan ke final hujung minggu ini, Fernandez pula melepasi ranjau paling gila edisi kali ini.
Selepas menewaskan Ana Konjuh dan Kaia Kanepi untuk ke pusingan ketiga, aksi luar biasanya semakin sukar dibendung.
Dia kemudian menjadikan juara bertahan, Naomi Osaka, sebagai salah seorang daripada lima pemain bintang utama tewas di tangannya sebelum Elina Svitolina dan Aryna Sabalenka berdepan nasib sama.
Fernandez, yang akan genap berusia 19 tahun Isnin ini, turut mengatasi bekas pemenang Terbuka AS, Angelique Kerber, untuk memenangi empat perlawanan terakhirnya sejak pusingan ketiga dengan aksi penuh epik sepanjang tiga set.

Stars are made under the bright lights in the big city.@leylahfernandez | #USOpen pic.twitter.com/MW0f6LyusA

— US Open Tennis (@usopen) September 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#WTA #Tenis #Grand Slam #Leylah Fernandez #Tenis Terbuka Amerika Syarikat #Emma Raducanu