Rafael Nadal tidak bimbang diundi bersama barisan legenda, Roger Federer dan Novak Djokovic dalam Terbuka Perancis.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic dan Federer, kelapan dalam ranking, dijangka bertemu di peringkat suku akhir di Roland Garros, dengan pertembungan bertemu Nadal dalam separuh akhir.

Juara bertahan, Nadal, berkata dia hanya memberikan tumpuan kepada perlawanan pertama dengan Alexei Popyrin di Paris, di mana dia boleh mengatasi Federer dengan mejnuarai grand slam buat kali ke-21.

"Saya melihatnya semula jadi. Seorang pemain hampir 40 [Federer], seorang lain hampir 35 [Nadal] dan seorang lagi pula 34 [Djokovic]. Nampaknya logik bahawa pemain muda naik dalam kedudukan.

"Apabila ia berlaku, kerana undian ini, saya melihatnya seperti biasa. Saya tidak risau mengenainya. Saya mempunyai banyak perlawanan di hadapan saya sebelum berpotensi bertemu Djokovic [dalam separuh akhir].

"Mereka perlu bermain antara satu sama lain dan saya mempunyai jalan sendiri. Jalan saya sekarang adalah Popyrin [di pusingan pertama] dan di situlah fikiran saya berada. Cabutan saya cukup sukar untuk memikirkan perkara lain. Saya mesti meneruskan persiapan, fokus pada rutin saya dan terus maju dengan cara yang kita mahukan."