Serena Williams menyaksikan harapannya untuk mara jauh dalam saingan Terbuka Parma berakhir awal semalam, pilihan utama itu tewas straight set di tangan Katerina Siniakova.

Williams mendapat wildcard untuk beraksi dalam kejohanan tersebut berikutan tersingkir awal di Rome, di mana dia diatasi Nadia Podoroska dalam pusingan pembukaan di gelanggang tanah liat.

Kempennya di Parma bermula baik Isnin lalu, kemenangan 6-3, 6-2 ke atas Lisa Pigato merupakan kemenangan pertama sejak tewas dalam separuh akhir Terbuka Australia pada Februari.

Bagaimanapun, juara grand slam 23 kali itu gagal untuk mengatasi Siniakova apabila dia terlepas pusingan 16.

"Ia merupakan perlawanan yang baik dan saya telah bermain dengan baik, saya sangat gembira kerana dapat mengakhiri perlawanan seperti itu," Siniakova berkata selepas merekodkan kemenangan 7-6 (7-4), 6-2.

"Ia merupakan satu kenikmati berkongsi gelanggang dengan Serena.

"Kini saya memiliki tekanan kerana saya telah mengatasi pemain yang berkualiti, tetapi akan menikmatinya terlebih dahulu. Saya gembira dapat meneruskan saingan dan akan cuba memberikan yang terbaik dalam perlawanan berikutanya."