Terbuka AS: Djokovic mudah singkir Griekspoor untuk ke pusingan ketiga

Muzaffar Musa
September 3, 2021 04:24 MYT
Pemain nombor satu dunia yang sedang memburu sejarah, Novak Djokovic, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Tallon Griekspoor 6-4, 6-3, 6-2 hari ini.
Djokovic meletakkan misi untuk menjadi pemain ketiga memenangi kesemua empat gelaran grand slam dalam satu musim -- buat kali pertama sejak Rod Laver melakukannya pada 1969.
Pemain pilihan utama itu, yang turut memburu rekod 21 gelaran grand slam -- kini terikat 20 kejuaraan dengan Rafael Nadal dan Roger Federer -- hanya memerlukan sejam dan 39 minit untuk menamatkan saingan Griekspoor di Stadium Arthur Ashe.
Menantinya dalam pusingan ketiga adalah bintang Jepun dan finalis edisi 2014, Kei Nishikori.

Too easy for the world No. 1.@DjokerNole | #USOpen pic.twitter.com/dc8ZIcDml8

— US Open Tennis (@usopen) September 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Novak Djokovic #ATP #Tenis #Grand Slam #Tenis Terbuka Amerika Syarikat