Aslan Karatsev memastikan kemenangan terbaik dalam karier selepas mengatasi wakil tuan rumah, Novak Djokovic, untuk mara ke final Terbuka Serbia bertemu Matteo Berrettini.

Karatsev mempamerkan aksi cemerlang untuk mengatasi pemain nombor satu dunia, 7-5, 4-6, 6-4 dalam perlawanan paling lama Jelajah ATP semalam.

Pilihan ketiga dari Russia itu menyelamatkan 23 daripada 28 break point dengan mempamerkan pendekatan agresif, mengatasi juara grand slam 18 kali dalam perlawana yang berlangsung selama tiga jam dan 25 minit.

Ia merupakan kemenangan manis bagi Karatsev, yang tewas kepada legenda Serbia itu dalam separuh akhir Terbuka Australia dua bulan yang lalu.

Djokovic menang 11 perlawanan berturut-turut tetapi terpaksa akur dengan kekalahan sekaligus terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan di laman sendiri.