Gareth Southgate akan diangkat sebagai pengurus pasukan England secara rasmi dalam masa terdekat. Pengendali berusia 46 tahun tersebut akan menandatangani kontrak selama empat tahun yang bernilai antara 1.5 juta pound sehingga 2 juta pound setahun.

Southgate yang mengambil alih secara sementara pasukan England setelah pemergian Sam Allardyce dan sepanjang tempoh itu,beliau mengendalikan 4 perlawanan termasuk kemenangan keatas Malta dan Scotland.

Minggu lalu, Southgate telah ditemubual dalam satu sesi yang mengambil masa tiga jam oleh barisan panel iaitu Pengerusi pasukan Greg Clarke,Ketua Eksekutif Martin Glenn,Pengarah Teknikal Dan Ashworth,Pengerusi Persatuan Pengurusan Howard Wilkinson,dan bekas pertahanan England Graeme Le Saux.

Keputusan untuk mengambil Southgate sebagai pengendali tetap pasukan England apabila beliau menunjukkan keserasian bersama pasukan setelah mengambil alih sementara apabila Sam Allardyce menarik diri selepas satu perlawanan.

Dalam saingan kelayakan Piala Dunia, Southgate tidak pernah lagi tewas dalam tiga perlawanan iaitu dua kemenangan dan satu seri bersama Slovenia.Sementara itu satu lagi keputusan seri 2-2 dalam aksi persahabatan bersama Sepanyol.