Dalam temu bual saya dan Akbar Sahari bersama Zulfahmi Khairuddin pada Nadi Arena 17 Ogos, bekas pelumba negara itu mengakui Hafizh Syahrin Abdullah bernasib baik kerana dilindungi ‘airbag suit’ ketika mengalami kemalangan ngeri di GP Austria.

Sesiapa yang melihat kepada insiden pelanggaran jentera pelumba Itali, Enea Bastianini oleh Hafizh Syahrin di selekoh pertama perlumbaan Moto2 itu, pastinya meramalkan sesuatu yang buruk akan menimpa – sebaliknya menakjubkan apabila pelumba negara yang bersama pasukan Aspar itu dilaporkan dalam keadaan sedar dan stabil, kurang 12 jam dari tempoh kejadian.

Dalam rasa gembira dan penuh kesyukuran, penggunaan ‘airbag suit’ yang mula diwartakan sebagai perisai wajib bagi pelumba MotoGP pada 2018 mula kelihatan sebagai pelaburan yang lebih daripada relevan kepada semua penggiat dan peminat sukan permotoran, disebalik nilainya yang mencecah puluhan ribu dan pernah dilabelkan sebagai tidak masuk akal sebelum ini.





Kalau diikutkan, penggunaan ‘airbag’ pada pakaian pelumba motorsikal sudah pun menjadi perbualan hangat sejak tujuh dekad lalu tetapi 'pattern' pertama bagi ‘airbag jacket’ direkodkan ditemui di Hungary pada 1978, menurut sebuah saluran youtube motosikal antarabangsa.

Penghasilan ‘airbag jacket’ ini bagaimanapun melalui proses panjang untuk berkembang menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada semua pelumba iaitu 20 tahun penyelidikan dan eksperimen – akhirnya ‘airbag vest’ yang pertama diperkenalkan pada 1998.

‘Airbag vest’ ini beroperasi dengan ‘cable’ yang menyambungkan ‘vest’ dan motorsikal di mana ketika kemalangan berlaku, ‘cable’ ini akan bertindak sebagai ‘sensor’ yang memberi ‘signal’ bahawa pelumba tercampak dari jentera yang ditungganginya dan mengembangkan ‘airbag’ secara automatik untuk melindungi bahagian dada, bahu, belakang dan juga leher.

Syukur.. Alhamdullilah.. semuanya dalam keadaan selamat. ???? Terima Kasih doakan Hafizh. #Bismillahfirst #teamHS...

Posted by Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao on Sunday, August 16, 2020


Walaupun peranan ‘airbag vest’ ini mampu mengurangkan risiko kecederaan, ia masih belum merangkumi keselamatan keseluruhan badan pelumba terutama di bahagian utama lain seperti lutut.

Seiring dengan penyelidikan dan eksperimen yang dilakukan keatas ‘airbag vest’, perkembangan ‘racing suit’ juga giat mengalami penambahbaikan dalam semua sukan permotoran, termasuk penggunaan material yang memudahkan pergerakan pelumba dan reka bentuk yang lebih menarik.




Teknologi akhirnya menggabungkan dua keutamaan ini, dengan saingan MotoGP memperkenalkan secara rasmi penggunaan ‘airbag suit’ pada 2007 – ciri paling menakjubkan, sudah pasti penggunaan sensor dan GPS dalam memastikan pakaian ini menyerap impak hentakan dan mengurangkan kesan kecederaan kepada pelumba.

Dan selepas dua tahun pemakaian ‘airbag suit’ diwajibkan ke atas para pelumba, Hafizh Syahrin adalah salah seorang daripada mereka yang diizinkan tuhan untuk menikmati kemodenan teknologi ini - ketika biasanya pelumba di hadapan menjadikan dia satu-satunya pelumba yang tidak sempat mengelak jentera Bastianini yang baru beberapa saat mengalami kemalangan.